malam yang indah bertemankan bulan yang menyuluh bumi dikala sang gelap gelita menutupi matahari dan adanya sahabat sejati seperti bintang yang berkelipan menyinari,cahaya yang berkilauan membuatkan
sang manusia terpesona akan keindahannya....
siang dan malam saling berjanji
tulus dan jujur sehidup semati
menjalankan tugas silih berganti
buat langit dan bumi
dengan penuh dedikasi
angin berlalu tanpa dipinta
menusuki tubuhku yang dingin terasa
segarnya udara tidak terkata
menyedarkan aku yang asyik leka
sungguh kacak sang jejaka
menjadi idaman gadis jelita
hati manusia sukar dijangka
kerana sengketa akan binasa
inilah lumrah kehidupan..ianya saling berkait antara satu sama lain..saling membantu untuk mencapai mutu..saling diperlukan untuk menggabungkan tenaga mahupun idea..sentiasa bersama dalam mengharungi kehidupan hari ini dan akan datang,,,
begitu juga manusia tidak kira lelaki atau perempuan,bangsa dan agama...semuanya berperanan dalam menghidupkan dunia hari ini
ibarat siang dan malam
seperti langit dan bumi
umpama panas dan sejuk
bagai matahari,bulan mahupun bintang...
hasil nukilan:NURUL AQMAR ISMAIL
"malam yang penuh idea yang mencurah curah"
wink wink...epy kot...tgk bulan cntik tros dpt ilham..
mentanglah mksud disebalik name aku
(nurul aqmar_cahaya bulan-bulan)
bertuah dapt name nie..ALHAMDULILLAH baik maksudnya...
muaaaahhhhhhhhh :)
tErbaEk lar mOkdek...ayt bEst dOi...adUhai..uNtOng laR owg sAstra...hhuuhhu..tHe best sTOrY lORh....
ReplyDelete